Sadrina252’s Blog

November 9, 2009 · Leave a Comment

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

SAMBUTAN HARI GURU

November 8, 2009 · Leave a Comment

HARI GURU2

Sambutan Hari Guru baru saja berlalu di Negara Brunei Darussalam. Meskipun secara asasnya ianya disambut di setiap 23 hb September setiap tahun namun kerana tarikh tersebut berada di bulan Ramadhan sekali gus juga kerana meledaknya penyakit HINI , sambutan telah ditunda  hingga 05 hb November yang lalu.  Suasana berkobarnya penghargaan kepada guru ini telah meruntun hati saya untuk membicarakan berkenaan dengan tajuk ini,  “pendidik” pada pespektif saya sebagai seorang yang mempunyai dua status kini iaitu pelajar dan guru.

Fenomena sekarang,  menjadikan peranan seorang pendidik atau guru itu bukan satu tugas yang mudah kerana  ianya menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu, serta berhubung rapat dengan kesedaran guru itu sendiri kepada tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.  Semuanya ini menuntut tentang perlunya seorang guru itu mempunyai sikap tanggungjawab, didikasi, komitet kepada kerjaya, perihatin, berdisiplin dan tegas dalam tindakan, menjadi contoh ungul pada segenap lapisan masyarakat, menjadi calak dengan kemuliaan akhlaknya.

Bila melihat abad 21 yang bersifat globalisasi ini, rasanya amat mustahak seorang guru itu bersiap sedia untuk mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan arus-arus tersebut bagi memperkembangkan anak didik di segi intelek dan kerohanian dengan kreatif dan inovatif.  Dengan itu keperluan guru di dalam memantapkan keilmuannya juga perlu diambil penting dengan apa juga salurannya untuk menambah dan memperbaharui ilmunya. Ini kerana ledakan ilmu sekarang melihatkan betapa ilmu berkembang dengan cepat selaras dengan perkembangan masa. Guru perlu menjadikan pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya sebagaimana anjuran Rasulullah SAW yang menganjurkan kita menuntut ilmu dari buaian hingga keliang lahat.

Dengan itu pendidikan memerlukan seorang guru atau pendidik yang ikhlas , yang sedar mengapa dan apa tujuannya mengajar dan mendidik.  Ianya adalah manifestasi perlaksanaan “amanah Allah.”  Kesedaran ini merupakan hal yang amat penting kerana di tangan merekalah cora, pola, acuan atau bentuk generasi seterusnya. Pendidikan sekarang aset generasi akan datang. Jelas tugas pendidik itu adalah tanggungjawab yang perlu ditanai oleh semua orang.

Bila menyebut “perlaksanaan amanah Allah” tadi mengingatkan saya tentang pendapat pensyarah saya dalam bukunya bahawa ianya adalah merupakan pengawasan dalaman berupa perasaan di mana seorang pendidik mengevalusikan dan mengingatkan diri secara terus menerus bahawa ia bertanggungjawab di hadapan Allah SWT tentang pendidikan anak didiknya dan akan ditanya amal perbuatannya.  Ini pula bertepatan dengan hadith Rasulullah SAW :

Hadith Rasullullah SAW bersabda,

“Setiap orang daripada kamu ada tanggungan di bawahnya dan setiap yang ada tanggungan bertanggungjawab terhadap orang di bawahnya”. 

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

SEKITAR TUGASAN MENJALANKAN KAJIAN.

November 8, 2009 · Leave a Comment

 

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, tidak terasa betapa masa cepat berlalu. Lama juga tidak menjenguk ruang ini memandangkan beberapa kesibukan-kesibukan yang menuntut masa diutamakan padanya.  Rintangan dan cabaran ini perlu ditempuh dengan kesabaran dan ini mendambakan sokongan dan dokongan semangat pada orang-orang rapat sekeliling kita. Tak ada yang lebih manis apabila kita merasa kita bukan keseorangan meneruskan tugasan yang kekadang ada saat kita tertekan.

 Tatapan ini adalah sekitar saya bersama rakan baik saya menjalankan tugas kajian di sekolah-sekolah yang telah kami pilih untuk soal selidik. Kerjasama dari semua warga pihak sekolah adalah sangat-sangat dihargai baik pelajar, guru-guru mahupun guru besar itu sendiri. Ianya dijalankan melalui dua fasa iaitu peringkat pertama kajian rintis kemudian itu peringkat  sebenar kajian. Yang manisnya kita berdua hadir ke sekolah terpilih untuk mengedarkan soal selidik dan menjalankan kajian dengan duduk bersama mereka untuk kesahihan kajian ini.  Ianya sangat penting dan akan lagi terpenting adalah dapatan-dapatan kajian itu sendiri nantinya.

Untuk waktu ini kami telah di peringkat menganalisis data dan membuat kesimpulan untuk bab 4 dan bab 5.  Namun dapatan dan  kesimpulan kajian perlu diperteguhkan dengan tambahan pemerhatian dan temubual pada dapatan sebelumnya. Semua ini adalah suatu pendedahan dan penerokan berharga buat kami semua. Ianya memberikan impak yang sangat positif dalam jiwa hingga sedar betapa ilmu itu sangat perlu dicari dan digali.

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

AHLI BARU KELUARGA252

July 25, 2009 · Leave a Comment

Slide1

Ini merupakan penyeri hidup dan ahli terbaru keluarga 252 kini.   Kehadiran Ini membolehkan bergemanya keriuhan,  tangisan dan teriakan si kecil  yang memecahkan kesunyian hidup seharian.  Kebiasaan suasana yang agak sepi telah  berubah dengan adanya keletah manja si Danish bunda yang suaranya mengalahkan suara  kecil abang Affiqnya.  Ternyata terikannya mengamatkan suasana penuh keriuhan..   memberikan impirasi  dengan rasa kesyukuran yang tak terhingga dengan anugerah tuhan ini pada kami sekeluarga.. 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

DINAMIKA HIDANGAN KAMPONG

July 16, 2009 · Leave a Comment

15 Julai, merupakan cuti awam di negara ini sempena sambutan hari keputeraan KDYMM Baginda Sultan.  Ini membolehkan kami berkumpul cuti rehat sekeluarga. Dan ini diambil untuk adik saya menyediakan hidangan tengahari seadanya. Cuma saya sahaja tak ada masak apa-apa cuma menolong mana patutnya.

Kita jarang sekali menikmati hidangan kampung.  Sayur rebung dan cangkuk manis memang sedap di makan jika kena caranya. Rebung perlu direbus terlebih dahulu dan masaklah seperti biasa.  Cangkuk manis pula adalah sayuran kampung yang banyak khasiatnya. Kata seorg teman baik saya,  ianya petua untuk melebatkan air susu bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil .     

Karabu sotong,  ikan dan ayam bakar  pula sangat mudah menyediakannya.   Resepinya akan saya paparkan di halaman dinamika hidangan 252,   nantikan sahaja.    ( Saat – masa sedikit terluang saya paparkan – kena rayu tukang masaknya terlebih dahulu…..Dia pasti akan kata tidak ada resepi khusus hanya labuh  mana adanya. Hehehe…   Jgn mare … adik saya….).  

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

BUDAYA ILMU

July 14, 2009 · Leave a Comment

Slide1

Sekitar membuat tugasan untuk thesis di librari Universiti Brunei Darussalam.  Berkeseorangan melakukan tugasan adalah perkara biasa lebih-lebih lagi  pada masa ini adalah musim cuti semester yang akan berakhir akhir Julai nanti, ditambah lagi dengan melandanya virus influenza H1N1 di negara ini membuatkan universiti dalam keadaan yang sunyi dan sepi.  Namun ianya memberikan ketenangan dan kedamaian dalam mencari dan mencipta idea untuk dipersembahkan di dalam tugasan thesis ini.  Rasanya bukanlah mudah melaksanakannya kerana semuanya ini memerlukan kefahaman dan kepekaan dalam pelbagai aspek pada perkara dan masalah yang diterokai sebab dan musababnya. Dengan itu perlu banyak mengorek ilmu dengan membaca melalui sumber-sumber yang terhidang dilibrari ini di samping mencari dan menimba melalui penggunaan teknologi maklumat yang diberikan.  Bersyukur juga kita di negara ini yang mempunyai kemudahan melayari internet di mana-mana kita berada..  Semua perkara perlu di gali dan digali…  Betapa besarnya ilmu Allah swt sehingga kita merasa betapa kerdilnya manusia untuk berada dimuka bumi Allah SWT yang Maha Mengetahui.   

Menulis perkara ini mengingatkan saya tentang perlunya penerapan budaya ilmu di negara ini.  Maksud saya di sini adalah perlunya generasi muda kita di dedahkan kepada satu kecenderungan dengan pemupukan supaya mencintai ilmu dan kunci untuk membentuk  perkara ini adalah memupuknya dengan pelbagai aktibiti seperti  sikap suka membaca , berwancana, berbincang, berfikir, berkarya dan seumpamanya. 

Kejayaan pembentukan budaya ini bukan suatu yang mudah, ianya memerlukan peranan pelbagai pihak untuk menjayakan terutama perana ibubapa dalam memupuk sikap mencintai ilmu dan ilmu dijadikan puncak utama dalam memberikan pandangan dan buah fikiran dan penyelesai segala masalah dalam semua aspek dan perkara.  

Kejayaan sesebuah negara itu adalah tertunggak pada masyarakat negara itu sendiri hanya apabila generasi yang berada di dalamnya berbenting  kan “ILMU”. 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

DINAMIKA SARAPAN PAGI

July 13, 2009 · 2 Comments

Slide1

Ini adalah sarapan saya pagi ini (Isnin)…  Beruntung anda menatap menu sarapan yang saya sediakan selepas Subuh pagi tadi memandangkan saya memang dalam ketegori mereka-mereka yang liat ke dapur (sayang  jari-jemari dan tangan rosak kot… ha..ha…)  Ianya bekebetulan  dengan teman baik saya tidak dapat  hadir awal untuk ke UBD maka saya tidak ada teman untuk bersarapan, kena bersarapan di rumahlah jawabnya.  Untuk itu saya sediakan lah Nasi Goreng Kampong yang ringkas dan mudah. 

Selamat menatap nya…   Ha…ha…  Resepi nya kemudian saya paparkan….    Okey.     Nak Order ?…..

→ 2 CommentsCategories: Uncategorized

July 12, 2009 · Leave a Comment

Slide2

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

DINAMIKA PERSAHABATAN DUA INSAN ( BUAT TATAPAN )

June 26, 2009 · Leave a Comment

B SHBANDAR

Ini adalah merupakan aktibiti harian dua sahabat terkini..   Mendaki Bukit Sahbandar Jerudong setiap pagi Jumaat dan Ahad, manakala setiap petang hari hari-hari lainnya.  Mendaki penuh kepayahan ke tahap Bukit 7 dan Bukit 9 dan kekadang hanya Bukit 5  memang meletihkan.. namun sahutan menjaga kesihatan lebih memberi impirasi  semangat perjuangan …

Ada yang nak join kita-kita mendaki bukit…?  Boleh melihat panaroma alam,  flora dan foana hutan menghijau ciptaan tuhan pada manusia pasti banyak memberi semangat jati diri  untuk secebis kekuatan kental menghayati penghidupan yang banyak onak dan duri…  Pendakian ini juga boleh di jadi langkah pelepas strees dan tekanan kerja… 

Keletihan ?…   Alah bisa tegal biasa….   Kata rakan saya …    Semut kecil lagi boleh mendaki bukit 5 yang tinggi itu.. inikan pula manusia….   Ha.. Ha,, Ha..  

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

DINAMIKA CUTI-CUTI MINDA

June 25, 2009 · Leave a Comment

Slide1

 

LAWATAN PERCUTIAN KELUARGA KE KOTAKINABALU JUNE 2009M.

Ini adalah sekitar lawatan serombongan lebih 30 orang ke Kotakinabalu pada 20hb June 2009M hingga 24 hb June 2009M.  Rombongan menggunakan kenderaan bas ini adalah merupakan kali pertama bagi kami 04 sekeluarga.  Meski  perjalanan memakan masa tetapi  lancar sahaja kecuali ketika menunggu ferry di Lawas dan Temburong namun bersyukur queue tidaklah panjang sebagaimana pengalaman sesebelum ini. 

Apa yang seronoknya dilawatan ini adalah bukan sahaja shopping kami juga mengadakan lawatan-lawatan di sepanjang 02 hari berada di sini.  Ini membuka minda dan fikiran kepada satu fenomena baru yang perlu pendedahan  untok diterokai.

Lawatan terindah melihat kejadian alam di kawasan Gunong Kinabalu memukau pandangan. Cuma sahaja perjalanan jauh tersebut membuat anak saya pening di dalam bas, tidak biasa  suasana jalanan agaknya. Tapi terubat apabila dia dapat mandi d kolam air panas..

Shopping?….  Beli ala kadar untuk buah tangan…  Yang pasti sediakan sahaja wang…  Pasti berbaloi wang anda.. !!!

Selamat Menatap Kenangan Indah Kami…

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized